Home > January 2013

January 2013

Makanan busuk: Eeuww or yummyy!

Thursday 31 January 2013 0

Assalam 'alaykum!
Annyeonghaseyo!
Ni hao!
Beonos dies!
Hello!
Hola!

Tu diaa.. Punya banyak bahasa, nak cakap hello je pun. Sesusah je. Aih, bukan pe. Post aku kali ni berkaitan dengan all around the world. Menurut Dr. aku kat universiti, setiap negara kat dalam peta dalam buku Ensiklopedia tu ada makanan busuk tersendiri. At least akan ade satu. Aku sedikit sebanyak tertarik dengan info tu dan mula buat research kat pakcik Google. Haa, memang ada. Silalah menjamu selera ye! Bon appetite!

1. Sweden: Surstromming (tapai ikan herring)


Makanan ni merupakan makanan tradisi orang Swedish. Surstromming dihasilkan daripada proses penapaian ikan herring. Lebih kurang macam perap la. Lepas dah tapai dalam beberapa bulan, barulah dimasukkan dalam tin untuk dimakan dan boleh tahan untuk setahun! Whoaa.. Kalau nak makan, kena makan luar rumah sebab bau dia yang sangat kuat. Daripada apa yang aku baca kat wiki, asal terciptanya makanan ni bermula daripada kisah pelayar-pelayar Swedish yang belayar pada abad ke-16. Kisahnya, diorang kehabisan garam untuk bagi ikan diorang segar dan tahan lama. Kesannya, ikan-ikan diorang dah mula busuk. Then, sampai la mereka kat pulau kat Finland. Untuk elak kerugian, diorang jual ikan-ikan busuk pada orang-orang Finland kat situ. Lepas dah jual, diorang pun balik. Setahun kemudian, pelayar-pelayar Sweden belayar lagi dan singgah di pulau Finland. Guess what did the locals ask? Yes! Diorang tanye, ade tak lagi ikan macam hari tu. Last-last, orang Sweden sendiri yang suka dan mula 'buat' lebih banyak ikan busuk. THE END.

2. India: Kala Namak (garam mineral hitam)


Kala Namak merupakan sejenis rempah yang dihasilkan daripada garam hitam. Garam ni juga boleh menggantikan rasa telur atau tauhu dalam masakan. Tak tau apa yang busuk, tapi seorang pengusaha makanan India pernah berkata: Bau dan rasanye adalah seperti TIGA KALI GANDA pati telur busuk. Speechless.

3. Africa:Iru (rempah kacang belalang)



Kacang belalang. Aku tak pasti kacang ni ade ke tak kat Malaysia, tapi rasa macam pernah nampak kat pokok. Uhuhu.. Iru dihasilkan daripada kekacang belalang yang dibiarkan buruk untuk beberapa hari. Sering digunakan sebagai perasa dalam masakan sup. Macam mana? Nak rasa?

Penat pulak. Miss Darla rehat dulu la ye.. Peace! Assalam 'alaykum.

I am miss Darla!

Tuesday 29 January 2013 0

Apa khabar? Lama rasanye tak blogging ni. Sejak aku 'bersara' 2 tahun lepas, tiba-tiba aku rase nak menulis balik. Sebab? Aku sekarang suka jadi blog walker, dan aku rase banyak benda aku nak luahkan jugak. Boleh psycho aku kalu tak bagitau kat readers. Pasal ape? Macam-macam. Mungkin time aku menulis dulu, aku banyak tulis pasal diri aku, aktiviti harian, bla bla bla.. Membuatkan aku rasa menyampah pulak bila baca sendiri. So, dengan adanye blog baru ni, aku akan terus kembangkan bakat minat penulisan aku bercerita mengenai dunia semasa, pengalaman, pengajaran, movie and so on...

Sempena post first, aku akan story mengenai Darla yang jugak menjadi domain blog aku ni. Darla loves Alfalfa. Siapa diorang? Serius cutee sangat nama Darla. Alfalfa pulak.. uhm.. macam nama sayur pun ade aku rasa.. ahaha.. Ok, back to the story. Budak dua orang ni sebenarnya watak dalam cite  The Little Rascals yang diterbitkan pada tahun 1994. Sekarang bebudak tu dah besar panjang dah..


Tersangat la cuteee citer ni sebab pelakon-pelakon dye semua berumur antara 5 hingga 7 atau 8 tahun.. Uh-huh? Sangat-sangat kelakar dan mencuit hati. Sesuai untuk seisi keluarga dan paling penting, free from unwanted scene..

Sinopsis? Cite ni mengisahkan sekumpulan kanak-kanak around 5 to 8 yang menubuhkan kelab 'Womun Woman Haters Club' dan dalam persiapan nak bertanding dalam go-cart. Tengah-tengah dok cabut undian untuk pilih sape yang jadi driver, nama Alfalfa jadi pilihan 'Presiden' mereka, Spanky. Mereka pun mula mencari Alfalfa dan terkantoi tengah bercintan dengan Darla kat tasik. Romantik kot? Alfalfa 7 tahun, Darla 5 tahun:| Maka, berlakulah pergaduhan antara Alfalfa dan kawan-kawannya sebab melanggar prinsip kelab mereka. (Bercinta dan berkawan dengan pompuan. Uhuh..) Lepas tu, mula la konflik-konflik yang dihadapi oleh mereka. Kelab terbakar, kereta untuk go-cart kene curi, masalah kewangan duit untuk bina club house diorang, dan lain-lain... Tak rugi tengok. Memang tak kering gusi.

Paling aku tak tahan, time Alfalfa tengah sweet talking dengan Darla. Kalah orang besar! Haha.




Alfalfa : Oh Darla, we are two hearts but with one beat. Two souls but with one shoe..
Darla   : Then, how can you belong to that silly woman-haters club? You know, i am a woman...
Alfalfa : Let me tell you something, Darla. I am not like those guys. I am a sensitive male. I'm in the sharing, chering, feeling & healing. I'm in touch with my feminine side.

Comel! Lagi satu, waktu 'Mr. President' dengan 'PA' dia gi buat loan kat bank untuk bina club house. Diorang kena halau sebab terkantoi berlakon jadi orang dewasa. Lepas tu, si Spanky ni cakap: "You cannot treat people like this, sir!" Si pegawai tu pun cakap: "You are not people, you are kids." Ahaha.. kelakar betul.

Tu la serba sedikit pasal Darla dan Alfalfa ni. Remarks kepada diorang sebab sudi jadi domain aku. (Susah nau sekarang nak create domain. Bila bukak domain blog yang aku nak, kosong je blog. Baik delete je, tak pasal-pasal aku kene letak nama budak dua orang ni. Huhu..)

Kepada sesape yang tak tengok lagi, sila la search dan download ye, memang tak rugi tengok. Daripada tengok citer omputeh yang belum tentu sihat kandungan ceritanye, kan.. Selamat menonton!

Powered by Blogger.