I am miss Darla!
Posted on Tuesday 29 January 2013
|
No Comments
Apa khabar? Lama rasanye tak blogging ni. Sejak aku 'bersara' 2 tahun lepas, tiba-tiba aku rase nak menulis balik. Sebab? Aku sekarang suka jadi blog walker, dan aku rase banyak benda aku nak luahkan jugak. Boleh psycho aku kalu tak bagitau kat readers. Pasal ape? Macam-macam. Mungkin time aku menulis dulu, aku banyak tulis pasal diri aku, aktiviti harian, bla bla bla.. Membuatkan aku rasa menyampah pulak bila baca sendiri. So, dengan adanye blog baru ni, aku akan terus kembangkan bakat minat penulisan aku bercerita mengenai dunia semasa, pengalaman, pengajaran, movie and so on...
Sempena post first, aku akan story mengenai Darla yang jugak menjadi domain blog aku ni. Darla loves Alfalfa. Siapa diorang? Serius cutee sangat nama Darla. Alfalfa pulak.. uhm.. macam nama sayur pun ade aku rasa.. ahaha.. Ok, back to the story. Budak dua orang ni sebenarnya watak dalam cite The Little Rascals yang diterbitkan pada tahun 1994. Sekarang bebudak tu dah besar panjang dah..
Tersangat la cuteee citer ni sebab pelakon-pelakon dye semua berumur antara 5 hingga 7 atau 8 tahun.. Uh-huh? Sangat-sangat kelakar dan mencuit hati. Sesuai untuk seisi keluarga dan paling penting, free from unwanted scene..
Sinopsis? Cite ni mengisahkan sekumpulan kanak-kanak around 5 to 8 yang menubuhkan kelab 'Womun Woman Haters Club' dan dalam persiapan nak bertanding dalam go-cart. Tengah-tengah dok cabut undian untuk pilih sape yang jadi driver, nama Alfalfa jadi pilihan 'Presiden' mereka, Spanky. Mereka pun mula mencari Alfalfa dan terkantoi tengah bercintan dengan Darla kat tasik. Romantik kot? Alfalfa 7 tahun, Darla 5 tahun:| Maka, berlakulah pergaduhan antara Alfalfa dan kawan-kawannya sebab melanggar prinsip kelab mereka. (Bercinta dan berkawan dengan pompuan. Uhuh..) Lepas tu, mula la konflik-konflik yang dihadapi oleh mereka. Kelab terbakar, kereta untuk go-cart kene curi, masalah kewangan duit untuk bina club house diorang, dan lain-lain... Tak rugi tengok. Memang tak kering gusi.
Paling aku tak tahan, time Alfalfa tengah sweet talking dengan Darla. Kalah orang besar! Haha.
Paling aku tak tahan, time Alfalfa tengah sweet talking dengan Darla. Kalah orang besar! Haha.
Alfalfa : Oh Darla, we are two hearts but with one beat. Two souls but with one shoe..
Darla : Then, how can you belong to that silly woman-haters club? You know, i am a woman...
Alfalfa : Let me tell you something, Darla. I am not like those guys. I am a sensitive male. I'm in the sharing, chering, feeling & healing. I'm in touch with my feminine side.
Comel! Lagi satu, waktu 'Mr. President' dengan 'PA' dia gi buat loan kat bank untuk bina club house. Diorang kena halau sebab terkantoi berlakon jadi orang dewasa. Lepas tu, si Spanky ni cakap: "You cannot treat people like this, sir!" Si pegawai tu pun cakap: "You are not people, you are kids." Ahaha.. kelakar betul.
Tu la serba sedikit pasal Darla dan Alfalfa ni. Remarks kepada diorang sebab sudi jadi domain aku. (Susah nau sekarang nak create domain. Bila bukak domain blog yang aku nak, kosong je blog. Baik delete je, tak pasal-pasal aku kene letak nama budak dua orang ni. Huhu..)
Kepada sesape yang tak tengok lagi, sila la search dan download ye, memang tak rugi tengok. Daripada tengok citer omputeh yang belum tentu sihat kandungan ceritanye, kan.. Selamat menonton!