Makanan busuk: Eeuww or yummyy!
Posted on Thursday 31 January 2013
|
No Comments
Assalam 'alaykum!
Annyeonghaseyo!
Ni hao!
Beonos dies!
Hello!
Hola!
Tu diaa.. Punya banyak bahasa, nak cakap hello je pun. Sesusah je. Aih, bukan pe. Post aku kali ni berkaitan dengan all around the world. Menurut Dr. aku kat universiti, setiap negara kat dalam peta dalam buku Ensiklopedia tu ada makanan busuk tersendiri. At least akan ade satu. Aku sedikit sebanyak tertarik dengan info tu dan mula buat research kat pakcik Google. Haa, memang ada. Silalah menjamu selera ye! Bon appetite!
1. Sweden: Surstromming (tapai ikan herring)
Makanan ni merupakan makanan tradisi orang Swedish. Surstromming dihasilkan daripada proses penapaian ikan herring. Lebih kurang macam perap la. Lepas dah tapai dalam beberapa bulan, barulah dimasukkan dalam tin untuk dimakan dan boleh tahan untuk setahun! Whoaa.. Kalau nak makan, kena makan luar rumah sebab bau dia yang sangat kuat. Daripada apa yang aku baca kat wiki, asal terciptanya makanan ni bermula daripada kisah pelayar-pelayar Swedish yang belayar pada abad ke-16. Kisahnya, diorang kehabisan garam untuk bagi ikan diorang segar dan tahan lama. Kesannya, ikan-ikan diorang dah mula busuk. Then, sampai la mereka kat pulau kat Finland. Untuk elak kerugian, diorang jual ikan-ikan busuk pada orang-orang Finland kat situ. Lepas dah jual, diorang pun balik. Setahun kemudian, pelayar-pelayar Sweden belayar lagi dan singgah di pulau Finland. Guess what did the locals ask? Yes! Diorang tanye, ade tak lagi ikan macam hari tu. Last-last, orang Sweden sendiri yang suka dan mula 'buat' lebih banyak ikan busuk. THE END.
2. India: Kala Namak (garam mineral hitam)
Kala Namak merupakan sejenis rempah yang dihasilkan daripada garam hitam. Garam ni juga boleh menggantikan rasa telur atau tauhu dalam masakan. Tak tau apa yang busuk, tapi seorang pengusaha makanan India pernah berkata: Bau dan rasanye adalah seperti TIGA KALI GANDA pati telur busuk. Speechless.
3. Africa:Iru (rempah kacang belalang)
Kacang belalang. Aku tak pasti kacang ni ade ke tak kat Malaysia, tapi rasa macam pernah nampak kat pokok. Uhuhu.. Iru dihasilkan daripada kekacang belalang yang dibiarkan buruk untuk beberapa hari. Sering digunakan sebagai perasa dalam masakan sup. Macam mana? Nak rasa?
Penat pulak. Miss Darla rehat dulu la ye.. Peace! Assalam 'alaykum.
Penat pulak. Miss Darla rehat dulu la ye.. Peace! Assalam 'alaykum.