SCAMMER TERHEBAT!

Saturday 16 March 2013 0

GGggrrr.. Geram pulak hati kita bila tengok website ni.. CONFIRM SCAMMERR!!

“Bagaimana Program Buat Duit Dari Internet Membolehkan Seorang Pemalas Menjana Lebih Dari RM27,500.00 Setiap Bulan Sejak Hari Pertama Beliau Bermula Hingga Sekarang... Buat Duit Cara Paling Malas, Mudah Serta Otomatik!”


Lihat bagaimana anda juga boleh menggunakan program yang sama untuk memenuhkan akaun bank anda lebih dari RM200,000 secara otomatik...

Anda nak buat duit dari internet kan? Sebelum tu, biar saya tunjukkan Potensi Pendapatan ANDA:

Dari Bilik Tidur Sebuah Apartmen Mewah:

Macam mana, teruja tak dengan snapshot yang anda lihat di atas? Apa yang anda lihat di atas ni boleh menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat ni.
Ini pengakuan saya, saya seorang pemalas. Sebelum ini, saya memulakan setiap hari dengan malas. Setiap kali bangun saya berfikir, kenapa saya harus pergi kerja? Berapa banyak lagi cuti sakit saya? Kenapa orang harus bekerja? Kalau pergi kerja pun, saya buat dengan terpaksa dan dengan hanya satu tujuan, untuk dapat duit. Saban hari saya berfikir, kan bagus kalau saya boleh bermalas-malas sepanjang hari di rumah hanya tidur, makan minum, menonton TV dan melepak.
Saya sering memikirkan idea bagaimana hendak mencari duit cara mudah yang tidak memerlukan saya bekerja keras. Nak buat part time, malas. Nak meniaga kecil-kecilan, perlu ada modal dan kena kerja kuat, uish malas betul. Multilevel, malas pula nak jumpa orang. Mungkin anda pun pernah terfikir macam ni juga...

Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju

Sekarang orang cari duit guna internet. Ada beratus malah mungkin beribu laman web tentang topik cari duit ni. Anda pun pasti pernah terjumpa, betul tak? Semua kata senang, mudah, tak perlukan modal, tak perlu buat banyak kerja. Masalahnya, kebanyakan rahsia yang mereka ajarkan samada terlalu payah, terlampau panjang masa yang diperlukan. Lepas tu, hampir semuanya kena guna banyak modal untuk mula. Kalau ada yang tak perlukan banyak modal pun, kena buat banyak kerja.
Arrrgghh, malasnya! Semua cakap je lebih, hasil dia hampeh!!
Bak pepatah orang putih, laziness is the mother of all invention. Malas berjalan, terciptalah pengangkutan, malas memasak, terciptalah makanan segera dan microwave, malas mengira, terciptalah perisian Excel dan lain-lain. Malas bekerja seperti saya, maka terciptalah program otomatik yang boleh buat duit hari-hari :P
Suatu hari, entah macam mana, terlintas satu idea dalam kepala otak saya yang malas tapi geliga ni. Saya pun cubalah, bukan perlu modal pun, dan yang paling penting kerja tak banyak mana :) Wow, betul-betul menjadi la idea ni! Tak sampai sejam punya kerja dah dapat duit, RM90 masuk dalam akaun saya hari tu...
Saya dapat RM3,000 pada bulan pertama dan lebih dari RM10,000 sebulan sekarang. Itu pun sebab saya malas dan buat santai-santai aje... Anda pasti seorang yang rajin kan? Cuba bayangkan berapa banyak angka 0 (sifar) lagi anda boleh tambah kat belakang RM10,000 tu, camne ok tak...
Hari ini hari bertuah anda kerana saya akan tunjukkan kepada anda step-by-step bagaimana saya buat duit menggunakan program saya ni. Ni bukan skim cepat kaya atau saham-saham neraka ok. Saya akan tunjukkan cara paling mudah untuk penuhkan poket anda dengan RM hari-hari... Bukan RM1 tau, sebembat duit RM50 ke RM100 dalam poket anda hari-hari ok la kan...

"Salam M, saya cuma nak ucapkan terima kasih sebab berikan saya peluang untuk mencuba program ni. Kalau bukan disebabkan program ni, saya dah putus asa nak cari duit dari internet ni. Isteri saya masih lagi tak percaya yang saya mampu menyara keluarga dengan business internet ini. Kami sekeluarga terhutang budi dengan awak!"
Azman & Marina - Petaling Jaya

Tak Caya Lah... It's Too Good
To Be True!

Ya, saya dah agak anda mungkin cakap macam ni... Saya tak salahkan anda sebab saya pun pernah berulang-ulang kali tertipu dulu. Tapi, inilah sebenar-benarnya peluang anda untuk buktikan yang pencarian anda selama ni bukan sia-sia.
Bukan apa, 95% orang gagal dalam internet ni sebab tak pernah bermula pun... Saya percaya anda adalah kalangan 5% yang bakal berjaya buat duit dari internet dengan program saya ni. Anda cuma perlu tiru sebiji-sebiji apa yang saya pernah buat. Mudah kan?
Hakikatnya, orang malas macam saya dah buat beratus, malah beribu-ribu dari program ni. Program saya ni memang mudah. Sangat mudah hinggakan budak sekolah rendah darjah 6 pun boleh buat...
Saya akan ajarkan kesemuanya kepada anda tanpa meninggalkan walaupun satu langkah.

Kenapa Pulak Saya Nak Dengar Cakap Anda

Ok la, kata orang, kalau kita nak berjaya, kita kena ikut cara orang yang dah berjaya. Saya boleh kumpul RM129,000 dalam masa 6 bulan dengan bermalas-malas di rumah aje, dan saya sanggup ajarkan anda macam mana caranya. Jadi soalannya sekarang, sanggup tak anda rebut peluang keemasan ni?
Saya bukan sifu internet yang akan ajarkan teknik complicated pada anda. Nak tulis muka surat ni pun saya ambik masa 3 bulan... Saya sama je macam anda, cuma lebih malas :P
Program saya ni sebenarnya sangat mudah dan boleh dijalankan dalam masa 5 minit aje lagi dari sekarang! Betul, ramai yang dah berjaya buat duit hari pertama mereka bermula. Ni bukan lawak bodoh, cerita dongeng atau khayalan, ni kenyataan... Sesiapa dengan komputer dan akses ke internet boleh buat duit dari program ni.
Istimewanya program saya ni
  • Anda boleh buat RM ribu-ribu setiap bulan
  • Anda tidak perlu mencipta laman web yang canggih-canggih
  • Anda tidak perlukan produk
  • Anda boleh menjana pendapatan dalam 5 minit aje lagi
  • Anda boleh bekerja dari mana-mana sahaja anda nak
  • Anda bekerja kurang dari 10 jam seminggu
  • Anda boleh menjana wang ketika sedang tidur, makan, etc
  • Setup sekali, lepas tu anda boleh jana pendapatan otomatik sampai bila-bila
Amacam, hebat tak?

TAK HEBATT!!

Btw, aku tak pasti ni scam ke tak, tapi dari apa yang aku tau, duit takkan datang bergolek. Suka-suka dapat puluh ribu tapi goyang kaki. Pe de hal! Hoho.. Buat lawak la iklan tu.. Kawan-kawan jangan terpengaruh ye.. 



English words

Saturday 9 February 2013 0



Lama rasanye tak update blog. Sunyi sepi je. Well, hari ni aku nak share dengan korang mengenai certain english words yang sedar atau tak, selalu kita gunakan dalam kehidupan harian kita tak kira tua atau muda. Malah, sangat-sangat jarang kita dengar orang cakap perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Kadang-kadang aku terfikir, Melayu cakap ape ek perkataan ni? Meh kita check it out… 
  
1. Missed call

“Eh, ade missed call la..”
“Diksu ni, suka buat missed call. Nak suruh orang call la tu..”

Jarang kita dengar: “Eh, ade panggilan tak jawab la..” 

2. Air-cond

“Sejuknye air-cond dewan ni.”
“Panasnya. Takde air-cond ke kat sini?”

Jarang kita dengar: “Sejuknye penghawa dingin dewan ni.”

3. Drive

“Awak drive ke datang sini?”
“Penatnye drive tadi.”

Jarang kita dengar: “Awak pandu kereta ke datang sini?”

4. Slow

“Kereta depan ni slow giler. Mesti pompuan.” (cehh..)
“Bapak slow jalan mamat ni. Patut la lambat.”

Jarang kita dengar: “Kereta depan ni perlahan giler.”

5. Blender

“Abang, blender dah rosak. Kita beli baru ye?”
“adik! Jangan main-main blender tu! Bahaya!”

Jarang kita dengar: “Abang, pengisar dah rosak. Kita beli baru ye?”

6. Hanger

“Choi, pinjam hanger. Hanger aku tak cukup r.”
“Mak, nak hanger satu.”

Jarang kita dengar: “Choi, pinjam penyangkut baju. Penyangkut baju aku tak cukup r.”

7. Sale

“Mak! Kat Sogo ada sale! Jom pegi!”
“Sale ni sampai bila ek?”

Jarang kita dengar: Mak! Kat Sogo ada jualan murah! Jom pegi!”

8. Line

“Kat sini line tak ok sangat la.”
“Weh, pinjam handset Maxis kau jap. Line celcom takde r.”

Jarang kita dengar: “Kat sini talian tak ok sangat la.”

9. Key chain

“Jangan lupa belikan aku key chain Australia satu.”
“Cantiknya key chain ni..”

Jarang kita dengar: “Jangan lupa belikan aku rantai kunci Australia satu.” (Betul ke aku translate?)

10. Shopping

“Banyaknye kau shopping hari ni.”
“Kau asyik shopping je. Mana duit tak habis.”

Jarang kita dengar: “Banyaknye kau beli belah hari ni.”

11. Bear

“Adik nak yang mana? Bear ke arnab?” (Bawak adik 6 tahun pegi shopping kat bahagian kanak-kanak)
“Besarnye bear awak.  Comelnye..”

Jarang kita dengar: “Adik nak yang mana? Beruang ke arnab?” 

12. Baby

“Maksu dapat baby baru. Tahniah!”
“Baby Maksu laki ke pompuan?”

Jarang kita dengar: “Maksu dapat anak baru.” (Macam pelik je?)

Itulah serba sedikit. Ade sape-sape nak tambah?

Makanan busuk: Eeuww or yummyy!

Thursday 31 January 2013 0

Assalam 'alaykum!
Annyeonghaseyo!
Ni hao!
Beonos dies!
Hello!
Hola!

Tu diaa.. Punya banyak bahasa, nak cakap hello je pun. Sesusah je. Aih, bukan pe. Post aku kali ni berkaitan dengan all around the world. Menurut Dr. aku kat universiti, setiap negara kat dalam peta dalam buku Ensiklopedia tu ada makanan busuk tersendiri. At least akan ade satu. Aku sedikit sebanyak tertarik dengan info tu dan mula buat research kat pakcik Google. Haa, memang ada. Silalah menjamu selera ye! Bon appetite!

1. Sweden: Surstromming (tapai ikan herring)


Makanan ni merupakan makanan tradisi orang Swedish. Surstromming dihasilkan daripada proses penapaian ikan herring. Lebih kurang macam perap la. Lepas dah tapai dalam beberapa bulan, barulah dimasukkan dalam tin untuk dimakan dan boleh tahan untuk setahun! Whoaa.. Kalau nak makan, kena makan luar rumah sebab bau dia yang sangat kuat. Daripada apa yang aku baca kat wiki, asal terciptanya makanan ni bermula daripada kisah pelayar-pelayar Swedish yang belayar pada abad ke-16. Kisahnya, diorang kehabisan garam untuk bagi ikan diorang segar dan tahan lama. Kesannya, ikan-ikan diorang dah mula busuk. Then, sampai la mereka kat pulau kat Finland. Untuk elak kerugian, diorang jual ikan-ikan busuk pada orang-orang Finland kat situ. Lepas dah jual, diorang pun balik. Setahun kemudian, pelayar-pelayar Sweden belayar lagi dan singgah di pulau Finland. Guess what did the locals ask? Yes! Diorang tanye, ade tak lagi ikan macam hari tu. Last-last, orang Sweden sendiri yang suka dan mula 'buat' lebih banyak ikan busuk. THE END.

2. India: Kala Namak (garam mineral hitam)


Kala Namak merupakan sejenis rempah yang dihasilkan daripada garam hitam. Garam ni juga boleh menggantikan rasa telur atau tauhu dalam masakan. Tak tau apa yang busuk, tapi seorang pengusaha makanan India pernah berkata: Bau dan rasanye adalah seperti TIGA KALI GANDA pati telur busuk. Speechless.

3. Africa:Iru (rempah kacang belalang)



Kacang belalang. Aku tak pasti kacang ni ade ke tak kat Malaysia, tapi rasa macam pernah nampak kat pokok. Uhuhu.. Iru dihasilkan daripada kekacang belalang yang dibiarkan buruk untuk beberapa hari. Sering digunakan sebagai perasa dalam masakan sup. Macam mana? Nak rasa?

Penat pulak. Miss Darla rehat dulu la ye.. Peace! Assalam 'alaykum.

I am miss Darla!

Tuesday 29 January 2013 0

Apa khabar? Lama rasanye tak blogging ni. Sejak aku 'bersara' 2 tahun lepas, tiba-tiba aku rase nak menulis balik. Sebab? Aku sekarang suka jadi blog walker, dan aku rase banyak benda aku nak luahkan jugak. Boleh psycho aku kalu tak bagitau kat readers. Pasal ape? Macam-macam. Mungkin time aku menulis dulu, aku banyak tulis pasal diri aku, aktiviti harian, bla bla bla.. Membuatkan aku rasa menyampah pulak bila baca sendiri. So, dengan adanye blog baru ni, aku akan terus kembangkan bakat minat penulisan aku bercerita mengenai dunia semasa, pengalaman, pengajaran, movie and so on...

Sempena post first, aku akan story mengenai Darla yang jugak menjadi domain blog aku ni. Darla loves Alfalfa. Siapa diorang? Serius cutee sangat nama Darla. Alfalfa pulak.. uhm.. macam nama sayur pun ade aku rasa.. ahaha.. Ok, back to the story. Budak dua orang ni sebenarnya watak dalam cite  The Little Rascals yang diterbitkan pada tahun 1994. Sekarang bebudak tu dah besar panjang dah..


Tersangat la cuteee citer ni sebab pelakon-pelakon dye semua berumur antara 5 hingga 7 atau 8 tahun.. Uh-huh? Sangat-sangat kelakar dan mencuit hati. Sesuai untuk seisi keluarga dan paling penting, free from unwanted scene..

Sinopsis? Cite ni mengisahkan sekumpulan kanak-kanak around 5 to 8 yang menubuhkan kelab 'Womun Woman Haters Club' dan dalam persiapan nak bertanding dalam go-cart. Tengah-tengah dok cabut undian untuk pilih sape yang jadi driver, nama Alfalfa jadi pilihan 'Presiden' mereka, Spanky. Mereka pun mula mencari Alfalfa dan terkantoi tengah bercintan dengan Darla kat tasik. Romantik kot? Alfalfa 7 tahun, Darla 5 tahun:| Maka, berlakulah pergaduhan antara Alfalfa dan kawan-kawannya sebab melanggar prinsip kelab mereka. (Bercinta dan berkawan dengan pompuan. Uhuh..) Lepas tu, mula la konflik-konflik yang dihadapi oleh mereka. Kelab terbakar, kereta untuk go-cart kene curi, masalah kewangan duit untuk bina club house diorang, dan lain-lain... Tak rugi tengok. Memang tak kering gusi.

Paling aku tak tahan, time Alfalfa tengah sweet talking dengan Darla. Kalah orang besar! Haha.




Alfalfa : Oh Darla, we are two hearts but with one beat. Two souls but with one shoe..
Darla   : Then, how can you belong to that silly woman-haters club? You know, i am a woman...
Alfalfa : Let me tell you something, Darla. I am not like those guys. I am a sensitive male. I'm in the sharing, chering, feeling & healing. I'm in touch with my feminine side.

Comel! Lagi satu, waktu 'Mr. President' dengan 'PA' dia gi buat loan kat bank untuk bina club house. Diorang kena halau sebab terkantoi berlakon jadi orang dewasa. Lepas tu, si Spanky ni cakap: "You cannot treat people like this, sir!" Si pegawai tu pun cakap: "You are not people, you are kids." Ahaha.. kelakar betul.

Tu la serba sedikit pasal Darla dan Alfalfa ni. Remarks kepada diorang sebab sudi jadi domain aku. (Susah nau sekarang nak create domain. Bila bukak domain blog yang aku nak, kosong je blog. Baik delete je, tak pasal-pasal aku kene letak nama budak dua orang ni. Huhu..)

Kepada sesape yang tak tengok lagi, sila la search dan download ye, memang tak rugi tengok. Daripada tengok citer omputeh yang belum tentu sihat kandungan ceritanye, kan.. Selamat menonton!

Powered by Blogger.